CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 7 December 2011


TAHUN 5

NOMBOR BERCAMPUR

Aras 1
* Mewakil suatu nombor bercampur dengan gambar rajah.
 * Menyatakan nombor bercampur berdasarkan gambar rajah yang diberi.
 * Menentukan kedudukan nombor bercampur pada garis nombor.

Aras 2
* Menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.
Menukar nombor bercampur kepada pecahan tak wajar.


PENAMBAHAN PECAHAN

Aras 1
*Menambah tiga pecahan wajar yang penyebut sama hingga 10.
 *Menambah tiga pecahan wajar yang penyebut tidak sama hingga 10.

Aras 2
*Menambah tiga nombor yang melibatkan nombor bulat dan pecahan
 wajar yang penyebutnya sama hingga 10.
*Menambah tiga nombor yang melibatkan nombor bulat dan pecahan wajar yang
penyebutnya tidak sama hingga 10.

Aras 3
*Menyelesaikan masalah yang melibatkan penambahan pecahan dalam situasi harian.


PENOLAKAN PECAHAN

Aras 1
* Menolak berturut-turut dua pecahan wajar daripada sebarang
pecahan wajar yang penyebut sama, hingga 10.
*Menolak berturut-turut dua pecahan wajar daripada sebarang pecahan wajar
yang melibatkan dua penyebut yang sama, hingga 10
*Menolak berturut-turut dua pecahan wajar daripada sebarang pecahan wajar
yang melibatkan semua penyebut tidak sama, hingga 10.


Aras 2
 * Menolak berturut-turut dua pecahan wajar yang penyebutnya sama, hingga 10,
daripada nombor bulat satu digit.
* Menolak berturut-turut dua pecahan wajar yang penyebutnya tidak sama,
 hingga 10, daripada nombor bulat satu digit.

Aras 3
* Menyelesaikan masalah yang melibatkan penolakan pecahan dalam situasi harian.


PENDARABAN PECAHAN

Aras 1
* Menyatakan nilai suatu pecahan daripada satu kumpulan benda, penyebut pecahan sama dengan bilangan benda dalam kumpulan itu.
* Menyatakan nilai suatu pecahan daripada satu kumpulan benda, penyebut pecahan kurang daripada bilangan benda dalam kumpulan itu.

Aras 2
* Mengira nilai pecahan daripada satu nombor bulat melalui pendaraban, penyebut pecahan hingga 10.

 Aras 3
* Menyelesaikan maslaah harian yang melibatkan pendaraban pecahan dengan nombor bulat.


OPERASI BERGABUNG TAMBAH DAN TOLAK MELIBATKAN PECAHAN

Aras 1
* Mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan pecahan wajar,
penyebut sama hingga 10.

Aras 2
* Mencari hasil operasi bergabung tambah dan tolak yang melibatkan pecahan wajar,
penyebut tidak sama hingga 10.

Aras 3
*Menyelesaikan masalah pecahan yang melibatkan operasi bergabung
 tambah dan tolak dalam situasi harian.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment