CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 27 September 2011

Penulisan Refleksi

Penulisan Refleksi Untuk Peningkatan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
Refleksi merupakan satu teknik membuat pertimbangan teliti tentang segala tindakanyang telah dijalankan oleh seorang individu.Guru yang telah tamat pengajarannya mungkin menggunakan refleksi untuk menimbangkan segala tingkah lakunya di dalam bilik darjah.Dia akan memikirkan set induksi yang digunakan untuk menarik minat pelajar, langkah-langkah perkembangan dan cara dia menutup pelajaran.Dia juga akan memikirkan sama ada alat bantu mengjarnya telah digunakan secara berkesan atau tidak.Dia mungkin bertanya pada dirinya , 'Adakah objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai?'jika tidak dia akan memikirkan kelemahan-kelemahan pengajarannya serta cara-cara untuk memperbaikinya.Refleksi seperti ini pasti membantu guru untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Apabila guru mula memikirkan kekuatan-kekuatan serta kelemahan-kelemahan pengajarannya, dia sebenarnya menjalankan penilaian kendiri.Penilaian kendiri merupakan proses menilai diri sendiri.Penilaian kendiri menimbulkan kesedaran diri. Kesedaran diri akan mendorong guru untuk berusaha dengan lebih tekun lagi agar segala kelemahan yang ada dapat diatasi.