PECAHAN SETARA -PENDARABAN DAN PEMBAHAGIAN
Hasil Pembelajaran
1.) menentukan
pecahan setara, penyebutnya hingga 10 bagi pecahan wajar.
2.) menukar pecahan wajar dengan
mendarab pengangka dan penyebut dengan
nombor yang sama,
3.) menukar pecahan wajar dengan membahagi
pengangka dan penyebut dengan nombor
yang sama.
Equivalent
Fractions atau pecahan setara adalah sebuah pecahan yang mempunyai nilai yang
sama walaupun kelihatan berbeza.
Contoh:
Pecahan dibawah
mempunyai nilai yang sama

Mengapa pecahan
ini dikatakan sama? Ini kerana ketika anda mendarabkan atau membahagi kedua
bahagian atas dan bawah dengan jumlah yang sama, nilainya adalah tetap. Peraturan
yang patut diambil perhatian ialah:
Anda juga harus
lakukan untuk bahagian bawah pecahan
Pendaraban dalam
pecahan setara
Pernyataan untuk
peraturan bolehlah dilihat dalam contoh dibawah:

Dapat dilihat
bahawa bahagian pengangka(nombor di atas) dan penyebut (nombor di bawah) didarabkan
dengan nombor yang sama untuk memperolehi pecahan setara.
Dengan
menggunakan bantuan gambarajah, pernyataan adalah seperti ini:

Pembahagian dalam
pecahan setara
Berikut adalah
contoh pecahan setara yang melibatkan kaedah bahagi:

Dapat dilihat
bahawa bahagian pengangka(nombor di atas) dan penyebut (nombor di bawah)
dibahagikan dengan nombor yang sama untuk memperolehi pecahan setara. Diingatkan
bahawa langkah pembahagian boleh terus dilakukan sehingga pecahan tidak dapat
dibahagi lagi.
Penting:
Bahagian
pengangka dan penyebut dari pecahan hendaklah terdiri daripada nombor bulat.
Nombor yang
dipilih untuk dibahagikan hendaklah memberi jawapan yang sama rata (tiada baki)
untuk dua-dua bahagian pengangka dan penyebut.
Anda hanya boleh mendarabkan atau membahagi pecahan untuk
mendapatkan pecahan setara. Jangan sesekali melibatkan operasi penambahan atau
penolakan.
No comments:
Post a Comment