CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 9 October 2011


PECAHAN - Perbezaan di antara pecahan wajar, pecahan tidak wajar dan pecahan bercampur

Pecahan boleh dikategorikan kepada 3 jenis 
iaitupecahan wajar (proper fraction), pecahan 
tidak wajar (improper fraction) dan pecahan 
bercampur (mixed fraction).Mari lihat apakah 
perbezaan antara ketiga-tiga jenis pecahan ini.



PECAHAN - PERBANDINGAN NILAI PECAHAN

Perbandingan hanya boleh dibuat jika ianya melibatkan
lebih daripada satu pecahan. Perbandingan boleh dikategorikan
kepada 2 bahagian iaitu:

1. pecahan yang mempunyai nombor penyebut (denominator) 
yang  sama 
2. pecahan yang mempunyai nombor penyebut (denominator) 
yang berlainan


Perkara penting
Pecahan yang mempunyai nombor pengangka yang 
besar mempunyai nilai yang lebih besar.Perbandingan
bagi  antara dua pecahan setara yang mempunyai nombor
penyebut yang sama,

Contoh:
Pecahan manakah yang lebih besar?
Cara membuat perbandingan:


Tip 2:
Manakala pecahan yang nombor penyebut yang besar 
mempunyai nilai yang kecil.Ini adalah tip bagi membuat
 perbandingan pecahan yang mempunyai pengangka yang sama, 
Contoh:
Pecahan yang manakah lebih kecil?

Cara membuat perbandingan:

Wednesday 5 October 2011

PECAHAN






Hasil pembelajaran

  • Murid-murid dapat mengenal pasti pecahan
  • Murid-murid berupaya untuk menyebut, membaca dan menulis nombor pecahan
  • Murid-murid mengenal pasti pecahan sebagai pembahagian yang sama rata daripada keseluruhan satu set.




APAKAH PECAHAN?



Memperkenalkan pecahan pada murid dengan menggunakan contoh pizza.

  • Sebuah pecahan adalah sebahagian daripada keseluruhan.




satu per dua @ one-half



satu per empat @ one-quarter



tiga per lapan @ three-eighths



Guru menceritakan bahawa angka yang di atas mewakili berapa banyak potongan pizza yang murid miliki dan jumlah bahagian bawah menceritakan bagaimana banyak potongan pizza itu dipotong




Numerator (Pengangka) & Denominator (Penyebut)

Guru menerangkan bahawa nombor yang di atas di sebut numerator (pengangka)
(merujuk cerita piza di atas, pengangka ialah jumlah bahagian-bahagian yang murid miliki)

Guru menerangkan nombor di bawah di panggil denominator (penyebut)
(merujuk cerita piza di atas, penyebut ialah jumlah bahagian pizza keseluruhan)

Contohnya:


  1 ---> pengangka
2 ---> penyebut

Tips:
Untuk mengingat nama bagi setiap pengangka dan penyebut guru bolehlah tekankan bahawa pengangka = angka dan angka adalah number dalam BI lalu diingati sebagai numerator.
Bagi penyebut pula, guru boleh gunakan "Down"dominator dan down adalah bawah maka denominator adalah nama bagi penyebut.

Monday 3 October 2011

SEKAPUR SIREH


Bersyukur kepada Tuhan, dengan limpah kurnianya, saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi.Dalam tugasan ini menceritakan tentang pengajaran pecahan untuk pelajar tahun dua.

      Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang banyak memberi sokongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi pendapat dalam menyempurnakan tugasan ini.
      Jutaan terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah tutor saya iaitu Encik Hafizul Fahri bin Hanafi yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam pembinaan blog ini.
     Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak UPSI khasnya kepada Pengarah kerana telah memberi ruang yang amat selesa untuk saya meneruskan pengajian ini.
    Harapan saya semoga tugasan ini memberi satu manfaat kepada saya dan semua guru-guru di Malaysia disuatu hari kelak.Segala kekurangan di dalam tugasan ini saya mohon maaf kepada pihak tuan.

   Sekian Terima Kasih.