CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 5 October 2011

PECAHAN






Hasil pembelajaran

  • Murid-murid dapat mengenal pasti pecahan
  • Murid-murid berupaya untuk menyebut, membaca dan menulis nombor pecahan
  • Murid-murid mengenal pasti pecahan sebagai pembahagian yang sama rata daripada keseluruhan satu set.




APAKAH PECAHAN?



Memperkenalkan pecahan pada murid dengan menggunakan contoh pizza.

  • Sebuah pecahan adalah sebahagian daripada keseluruhan.




satu per dua @ one-half



satu per empat @ one-quarter



tiga per lapan @ three-eighths



Guru menceritakan bahawa angka yang di atas mewakili berapa banyak potongan pizza yang murid miliki dan jumlah bahagian bawah menceritakan bagaimana banyak potongan pizza itu dipotong




Numerator (Pengangka) & Denominator (Penyebut)

Guru menerangkan bahawa nombor yang di atas di sebut numerator (pengangka)
(merujuk cerita piza di atas, pengangka ialah jumlah bahagian-bahagian yang murid miliki)

Guru menerangkan nombor di bawah di panggil denominator (penyebut)
(merujuk cerita piza di atas, penyebut ialah jumlah bahagian pizza keseluruhan)

Contohnya:


  1 ---> pengangka
2 ---> penyebut

Tips:
Untuk mengingat nama bagi setiap pengangka dan penyebut guru bolehlah tekankan bahawa pengangka = angka dan angka adalah number dalam BI lalu diingati sebagai numerator.
Bagi penyebut pula, guru boleh gunakan "Down"dominator dan down adalah bawah maka denominator adalah nama bagi penyebut.

2 comments: