CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Salam. Show all posts
Showing posts with label Salam. Show all posts

Monday, 12 December 2011

PENGHARGAAN

 

Saya  bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan blog  ini. Sepanjang saya membina blog ini,saya mendapat sokongan dan kerjasama yang tidak ternilai daripada pelbagai pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung.Kesempatan ini saya ambil bagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang berkenaan.
            Pertamanya, jutaan terima kasih kepada En. Hafizul Fahri bin Hanafi selaku tutor E- Learning Group EL-A01 yang begitu begitu banyak  membantu dan memudahkan  kerja-kerja pembinaan blog ini.Tidak lupa kepada rakan-rakan guru yang sentiasa memberi kerjasama yang dapat melancarkan lagi proses saya menjalankan tugasan ini.
            Akhir sekali penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas kepada suami dan anak-anak tercinta, sokongan dan kasih sayang kalian merupakan dorongan yang sangat tinggi nilainya bagi saya mencapai kejayaan ini.
            Hanya Allah S.W.T. jua yang dapat membalas segala jasa dan budi yang dihulurkan.

 

Monday, 3 October 2011

SEKAPUR SIREH


Bersyukur kepada Tuhan, dengan limpah kurnianya, saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi.Dalam tugasan ini menceritakan tentang pengajaran pecahan untuk pelajar tahun dua.

      Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang banyak memberi sokongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi pendapat dalam menyempurnakan tugasan ini.
      Jutaan terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada pensyarah tutor saya iaitu Encik Hafizul Fahri bin Hanafi yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam pembinaan blog ini.
     Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak UPSI khasnya kepada Pengarah kerana telah memberi ruang yang amat selesa untuk saya meneruskan pengajian ini.
    Harapan saya semoga tugasan ini memberi satu manfaat kepada saya dan semua guru-guru di Malaysia disuatu hari kelak.Segala kekurangan di dalam tugasan ini saya mohon maaf kepada pihak tuan.

   Sekian Terima Kasih.